Tetamu Jijie!

Tuesday, October 16, 2012

Hujan



Hujan menghantar puput puput keresahan,
Bergayut-gayutan di relung hati,
Teriakan hati bergema,
Tak siapa mendengar.

Guruh berdentum menghentam tuli,
Kiriman bayu melambai pipi,
Saat terjaga,
Oh, aku masih di sini.

Kilat terpancar amaran dari alam,
Sabung-menyabung petunjuk kebesaran Tuhan,
Menangislah alam,
Syukurilah nikmat-Nya.

Dalam sejuk remang petang,
Alam menangis,  menangis semahunya
Menyelimuti batang-batang tubuh terdampar,
Petang kian ke penghujung.

Bangkitlah jiwa.
Usah menangis bersama alam.
Terus memuji kebesaran-Nya.
Kerana malam mula menebarkan zarah kegelapan.


JBA. IPTHO. 6.37 p.m