Tetamu Jijie!

Friday, June 27, 2014

Kau lemah? Bangun!

Assalamualaikum

Kadang-kadang aku perati je diri aku ni. Selalu sangat buat entri yang sinikal, sarkastik, dan emo. Kenapa ea? Haha. Sebab hidup ni derita yang bahagia. Aaaa. cemana tu? 

Macam ni. Kalau korang perasan la kan, dari kita kecik sampai la dah besar panjang, hidup ni adalah sebuah penghidupan yang derita tetapi bahagia. Apasal aku rasa macam tak sampai je ayat ni? Hmm. Macam ni, (macam ni lagi) semua orang tahu kan, hidup ni adalah sebuah kelas pembelajaran? Tahu kan? Cakaplah tahu. Haa. Bila kita belajar, sudah semestinya akan ada kesilapan di sana sini iaitu dipanggil proses penderitaan, kemudian kita belajar dan belajar dan belajar lagi untuk membaiki kesilapan tu dan akhirnya kebenaran sesuatu pembelajaran tu akan muncul dan itu dipanggil bahagia. 

Okay, agak berbelit di situ dan macam still susah nak faham lagi kan?

Cuba buat imbas kembali pada diri sendiri ketika kita semua masih kecil. Haha. Macam kelakar je nak suruh korang termasuk aku ni untuk imbas kembali zaman kanak-kanak ribena. Bukan semua benda kita ingat, kan? Kalau macam tu cuba tengok baby yang baru nak belajar bertatih. Kalau takde baby kat rumah, boleh youtube. Banyak aku tengok dalam youtube tu budak-budak yang baru dapat kaki dan belajar berdiri kemudian berjalan. Baru nak bangun, dah jatuh, kemudian menangis. Bangun lagi, dapat berdiri, berjalan setapak ke depan kemudian jatuh, kepala kena bucu sofa, end up with crying. Naa, kat sinilah penderitaan untuk mula belajar berdiri. Jatuh, bangun, nangis, jatuh bangun, dan nangis lagi. Kita yang nengok pun kekadang rasa tak sanggup pasal baby ni kalau dah nangis bukan reti sikit-sikit. Kuat lagi bertenaga dia menangis. Tapi, kat situlah dia akan belajar untuk terus mencuba sampai dapat berdiri dengan mantap, kemudia berjalan dan akhirnya berlari.

 Biar berjuta halangan, biar lebam perasaan, biar bengkak jiwa, biar derita sengsara, kerana itulah kita sebenarnya. bermula dari sekecil-kecil bayi. Kalau rasa-rasa macam nak putus asa, kita perlu amik semangat baby/kid. Keep trying. Cuba kau tanya diri kau, kalaulah waktu kekecik tu dah give up, taknak belajar berdiri, taknak belajar bertatih hanya kerana selalu terjatuh dan terjatuh, adakah kau akan berjalan seperti hari ni?

Jangan berhenti selagi nyawa tak putus dari badan.  Jangan mengalah pada tujahan dunia. Jangan melatah pada sepakan ujian. 

Macam tu jugak dengan aku. Aku manusia. Kau pun manusia jugak, kan? Hidup kita takkan pernah lari daripada masalah. Dan masalah lah yang akan jadikan kita lebih mantop. Itu pun kalau kau move on la. Kalau kau duduk meratapi nasib, sampai bila-bila pun tak ke mana. Betul ke betul?

Dan memang aku akui, banyak entri aku yang barbau sinikal, sarkastik, dan emo. Kerana aku manusia. Manusia yang ada rasa. Manusia yang kadang-kadang rasa nak mengalah pada permainan takdir. Tapi, once aku dah dapat kunci (dengan izin-Nya) untuk kembali bergerak ke depan, tentunya aku akan melangkah, taknak aku duduk lelama kat muka surat derita, baiklah aku mulakan dengan muka surat yang baru. Kan? Macam tu jugak dengan kau. Kau takkan selalu berada di muka surat yang derita kerana bahagia tu milik semua. Sama ada kau izinkan diri untuk bahagia atau derita. Kau yang tentukan. 

Hari ini, bila aku scroll down semua entri yang lama-lama, aku rasa bangga dengan diri aku. Sebab aku berjaya melepasi muka surat derita dengan izin-Nya. Bila aku baca balik entri yang lama-lama tu, aku rasa kelakar sangat (sebab 'meroyan' dalam blog macam hape) dan tak sangka sebab aku masih hidup sampai ke hari ini untuk terus mengutip bahagia. Semua orang ada masalah (ujian), itu memang aku tak nafikan. Tapi, bila kau sabar, kau terima semua tu, kau akan rasa nak senyum macam orang hilang skru pasal kau berjaya melepasi ujian yang Dia bagi. Dan, secara kau tak sedar, kau akan rasa lebih kuat untuk bangkit semula. 

p/s : Bebaskan hati dari kesedihan yang panjang. 
       Letakkan kepercayaan bahawa bahagia tu milik kita semua.

.:JBA:.