Tetamu Jijie!

Friday, September 2, 2016

Perempuan

30 Ogos 3016


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Tuhan yang lebih mengetahui apa yang sedang berlaku.

Post ini untuk kau, kawan. Dan ini post panjang, hasil tulisan dari aku si bekas blogger kental.
Straight to the point je la ea. Sebab kau pun busy kan.

1. Kenapa aku tak confront terus dengan kau?
- Sebab kau pun tak confront dengan aku secara gentle. Langsung tak tanya aku, tapi main tibai sedap hati kau tuduh aku yang jaja cerita panas kau.

2. Orang kata, kena tutup aib orang lain.
- Aku dah puas tutup aib kau, tapi apa aku dapat? Kau tuduh aku dengan farid jaja cerita kau! Selama ni, bila seniors tanya aku pasal kau, bukak cerita buruk kau, aku diam, aku tutup selagi boleh. Aku banyak cakap a.k.a cover kau dengan, 'tak pasti, tak sure, cuba akak tanya dia sendiri'. Tapi yelah, bangkai ditutup pun tetap bau jugak kan?
- Malah aku sempat cakap dengan kau, pandai2 jaga diri, jangan mudah cerita personal life kau pada orang yang baru kenal, pandai2 bawak diri bila masuk tempat baru, kau ingat tak? Tapi kau tak ingat kan? Malah kau buat yang sebaliknya.

3. Macamlah aku baik sangat ?
- Eh. Memang aku tak baik mana pun. Sebab aku percaya manusia buat silap dan akan selalu buat silap. Dan aku jugak percaya manusia yang buat silap akan cuba perbaiki diri, jangan dedahkan diri pada perkara2 yang boleh buat orang sekeliling cerita sana sini. Sayangnya, bila dah terlalu ramai yang bercerita, kau tak tahan dan pakai bedal tuduh aku yang jaja cerita panas kau tu. Kau ni kawan jenis apa, bhai? Cop. Layakke dipanggil kawan?

4. Orang dah tolong kau. Tapi kau buat macam tu.
- Kau bagitahu kawan2 mak jemah kau yang aku dan farid bawak cerita dari BP → Kluang → Pasir Gudang. Kau ingat aku ni buat tour jom heboh ke? Yang kawan kau pun bebal kenapa? Terima cerita kau bulat2. Tak pulak diorang tanya apa yang kau dah buat sebenarnya sampai 1 sekolah kau cerita pasal kau.
- Weyh, Uqasha bukak tudung pun aku tak heran, si suami adira nak kahwin banyak pun ada aku kesah, ni kan pulak kau? Kau siapa sampai aku nak bawak cerita kau?

5. Kau ni memang jenis manusia tak sedar dek untung, tak reti bersyukur dan pentingkan diri sendiri!
- Sebab kau PERNAH dikelilingi kawan2 yang secara jujurnya risaukan kau, terima kau seadanya, cuba nasihatkan kau, tapi apa kau buat? You played dirt! Kau lebih seronok nak hidup bebas tanpa kawalan dan pegangan! Tapi bila kau dah buat taik, kau palit taik tu kat aku? Geli weyh! Dan aku tak boleh terima!

6. Fikir logik!
- Kalau kau perangai siuman macam orang, cikgu2 sekolah kau tak mengata!
- Kalau bukan cikgu2 dari sekolah kau yang bawak keluar cerita, kau ingat kiteorg tahu ke? Silap. Kau ingat cikgu2 sekolah lain akan tahu ke?
- Dan kau ingat, cikgu2 sekolah kau tu takde kawan2 dari sekolah lain ke?

7. Tuduhan kau terlampau berat dan aku tak boleh terima!
- Kalau aku nak jaja cerita kau, dari dulu lagi aku dah buat. Yelah, logiknya, mulut jahat mana reti duduk diam kan? Macam sape ea?
- Kalau aku dan farid jaja cerita kau pun, kiteorang dapat apa? 88 billion? Kau langsung tak mendatangkan untung, rugi pun tidak. Tapi sekarang, memang 1 kerugian besar ada kawan macam kau! Kau silap besar bila kau cuba nak mengambing-hitamkan aku dan farid!

8. Aku pun bukan hari2 perform. Ada masa, kita pun kadang2 mood tak baik, bad day, malas tulis RPH, terdatang lambat, tak siap fail2 yang menimbun, MC dan sebagainya. Tapi kalau setakat problem2 kerja saje, cikgu sekolah kau takkan bercerita sampai ke luar. Logik kan?

9. Kawan baik.
- Kau cerita tak kat kawan2 baik kau tu tentang apa yang kau dah buat? Sebelum diorang judge aku yang kepochi , kau cerita tak isu panas tu?
- Kau expect orang akan cakap benda yang baik, contoh kau nak pergi haji ke apa ke kan, tapi kau ada tak buat perangai2 yang macam orang nak pergi haji tu?
- Cikgu2 sekolah kau memang akan cakap DAN SEBARKAN CERITA yang kau nak pergi haji (buat benda2 baik), KALAU kau memang betul2 tunjuk yang kau nak pergi haji. Tapi kau? Berperangai sebaliknya!

P/s: Disebabkan kes kau kat sekolah lama, junior baru masuk dari maktab kita dapat tempiasnya.
Kalau macam tu, Salah aku ke perangai kau ?

P/s: Sekolah aku dgn kau tak jauh. Feel free to visit me.


Regards,
Si blogger kental 😏

Thursday, June 9, 2016

Herbalife VS Atkins

Assalamualaikum.

Lama dah tak 'melalak' dalam ni. Ngehehe.

Cuti sekolah pun dah nak habis. Sementara tunggu kereta siap di servis, so, let's kill the time!

Sebulan lepas aku ada janji nak cerita comparison antara jenis-jenis diet kan? So, yeah. I have been doing Herbalife and Atkins. Kaedah yang berbeza. Tapi matlamat sama.

Let me introduce you guys with herbalife first.

Herbalife ni menawarkan 3 program utama. (Dah macam iklan lak bunyinya)

1. Turun berat badan
2. Naik berat badan.
3. Maintain berat badan.

Aku consumed dulu sebab masalah kesihatan (period pain yang 'membunuh' dan tak suka minum air masak). Bila aku consumed, aku bukan saje dapat atasi masalah period pain, tp aku lose some fat!

Untuk program turun berat badan, 1 shake dikira sebagai 1 kali meals. 1 shake tu dikira bagus lah dengan hidangan lengkap yang biasa kita amik tapi rendah kalori! Aku kena shake herbalife dua kali, makan berat sekali, total 3 kali meals. Sama ada Shake waktu breakfast dan dinner, lunch makan macam biasa. ATAU, shake waktu breakfast dan lunch, dinner makan macam biasa. ATAU, shake waktu lunch dan dinner, breakfast like a king. ATAU mana-mana yang available dengan diri korang as long as you know what program you are in, follow the instruction from the instructor DAN minumlah banyak air masak. Setiap program berlainan intake shake-nya. So, make sure lah korang tahu program apa yang korang tengah in kan.

Kekangan aku masa tu ialah aku jenis yang tak suka minum air masak. Problem aku ni agak beratlah jugak sebab berkait rapat dengan masalah constipation. Bagi aku tak berak buang air besar berhari-hari tu normal, tapi bagi orang yang normal, setiap hari kena berak buang air besar. Lebih malang lagi, dulu aku jenis yang berhari-hari tak minum air masak pun takpe, asalkan ada air manis-manis. Lepas tu, bila aku kena minum sampai 2 3 liter air sehari, naaaaa, Imma dead meat weyhhh! Orang putih kata, matilanak! Memang gila betul masa tu. Air masak kot! Takde rasa. Tawar. Tak menarik! Tak berkaler-kaler. Tu la apa yang aku fikir masa tu. Terkencing-kencing jugaklah dibuatnya masa 2 3 hari pertama nak kena adapt dengan air masak. Lepas tu alhamdulillah okay. Period pain getting better, bonus aku lose fat. Disebabkan masa tu bmi aku masih okay, so, aku takdelah beria nak turun berat. Sebab masa study dulu pun rajin jugaklah aku turun jog petang-petang.

Selepas kerja:

Bila dah mula pegang duit sendiri, mulalah makan macam-macam kan. Nak-nak pulak cafe-cafe hipster banyak ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Kadang tu, tak sedap mana pun, tapi asal nampak rupa Chicken Parmigiana, Spaghetti Bolognese,  haaa, terus bukak cafe. Kehkehkeh. Pastu aku pulak gigihlah pergi try dari satu cafe ke satu cafe. Pastu komen dalam ni. Ceh!

Jadinya, berat aku pun naik dengan gigih. Sampailah satu malam tu, ummi dengan muka serius tegur badan aku. Dia tanya berat aku lepas balik vacation kat Bukit Tinggi, Indonesia. Ada tak tadi aku bagitahu aku suka cuba semua jenis makanan? Haaa, tu pun salah satu sebab kemenjadian kegemukan aku. Gemuk ke? Bila ummi tahu je berat aku, terus dia kata, "Itu berat ummi masa pregnantkan angah (adik aku nombor 2)." Denggggg! T_T

Apa kau rasa bila mak kau cakap macam tu?

So, aku try out Atkins pulak. Masa ni, semangat aku memang berkobar. No one can't stop me la cerita dia. Dapat pulak partner yang nak buat Atkins jugak. Hi Michelle! *sambil wave hand* Even we're far, tapi kiteorang selalu update routine and menu for the day. Cabaran 21+ hari tu memang membuahkan hasil. Aku lose 6kilos babe!

Atkins ni biasanya orang kata tak bagus. Sebab kau hanya makan apa saje berasaskan protein. No carbs, no sugar, no fruits. Hari-hari aku, aku hanya makan lauk-lauk macam telur-telur, ikan, ayam, daging. Tak ambil langsung nasi, pasta, roti, biskut. Gila kan?


Tapi kalau korang teliti betul-betul, even dalam protein still ada a lil carbs. Dan kalau fahamkan betul-betul program atkins ni, sebenarnya restriction tak boleh makan carbs, sugar, fruits semua tu hanyalah untuk 21 hari saje. Sebab dalam Atkins ada 4 phase kalau tak silap aku. 2 minggu atau 21 hari restriction tu untuk first phase. Bila korang dah berjaya buat first phase ni, kat second phase, korang dah boleh dah tambah sikit carbs contohnya antara 50gm-75gm. (Aku tak ingat sangat 2nd phase ni berapa gm carbohydrate korang boleh amik, kalau nak lebih sure, boleh download manual Atkins).

.
.
.
.




Memandangkan kereta dah siap servis, so, haruslah beta berangkat dulu.

To be continue.

Love,
NAR~




Friday, April 15, 2016

Lonely

Assalamualaikum, dear self.











"To be single and feel lonely is understandable. But, to be in a relationship and feel lonely... that's unacceptable."
























Credit: Mr. AmariSoul