
JijieBenzAlif bukan nama sebenar. Menulis bila bosan. Menulis bila stress. Menulis bila gembira. Menulis bila sedih. Menulis bila nak berkongsi. Menulis bila terasa nak menulis. Membaca atas risiko sendiri. Kalau suka, boleh follow, kalau malu, boleh bookmark. Tiada masalah. Dan anda,terima kasih sudi baca. Mana yang baik, boleh ambik, mana yang sengal, boleh tolak tepi, mana yang kelakar tapi macam taknak ketawa, boleh duduk diam saja. Dan ini dunia saya.
Nota Cinta Hati Jijie
Tetamu Jijie!
Tuesday, October 16, 2012
Hujan
Hujan menghantar puput puput keresahan,
Bergayut-gayutan di relung hati,
Teriakan hati bergema,
Tak siapa mendengar.
Guruh berdentum menghentam tuli,
Kiriman bayu melambai pipi,
Saat terjaga,
Oh, aku masih di sini.
Kilat terpancar amaran dari alam,
Sabung-menyabung petunjuk kebesaran Tuhan,
Menangislah alam,
Syukurilah nikmat-Nya.
Dalam sejuk remang petang,
Alam menangis, menangis semahunya
Menyelimuti batang-batang tubuh terdampar,
Petang kian ke penghujung.
Bangkitlah jiwa.
Usah menangis bersama alam.
Terus memuji kebesaran-Nya.
Kerana malam mula menebarkan zarah kegelapan.
JBA. IPTHO. 6.37 p.m
Subscribe to:
Posts (Atom)