Tetamu Jijie!

Sunday, October 13, 2013

Lelaki VS Perempuan

Assalamualaikum

Helloooooooooooooooo!

Ha.Ha.Ha. Hamboiiii! Kemain. Baru tadi update entry, sekarang update lagi? Sekarang ni tengah online depan TV sambil tengok cerita Geng Kampung Pisang. Actually, I was not watching but listening to that programme only. Sebenarnya, I was busy asking few peoples about men VS women. And tup tup, ada  satu scene conversation antara lelaki dan perempuan. Diorang tengah discuss pasal majlis perkahwinan diorang. Yang si perempuan nak adakan majlis yang grand ala-ala wedding of the year, yang lelaki pulak, lagi simple lagi bagus. Afdhal katanya. Tak membazir pun ya jugak. Tapi bagi perempuan, alang-alang dah kahwin, biarlah menjadi kenangan terindah, yelah kahwin pun sekali seumur hidup. Bukan boleh buat tiap kali anniversary kan? Muahaha. 

So, I was about so curious to know why men and women always caught in a fight or bahasa sopannya argument. Haaa. Apasal? 

Setelah bertanyakan beberapa pendapat daripada kawan baik aku, pakcik aku yang jauh nun di German, err, lagi.. hmm, si kembar ehem ehem, dan Cik Pinat. Empat orang ni, aku rasa cukup la untuk menjawab survey yang aku buat. Heheh. Gaya nak jawab exam je. Gigih semacam. Cuba suruh aku bukak buku Language Assessment, mahunya dah tersengguk-sengguk aku sekarang ni. Hampeh aku ni!

Soalan aku berbunyi begini:

Kenapa lelaki dan perempuan ada pendapat yang berbeza dalam satu-satu perkara?

Farid Izzat said: Both, lelaki dan perempuan ada ego masing-masing. 

Fariz Akmal said: Sebab memang pemikiran kita berbeza. Perempuan memang teliti but tend to overthinking. Lelaki memang kurang teliti but they deal with problem better. Perempuan kan emo. <---- he said this. T_T

Yasnani said: Masing-masing ada ego.

Cik Pinat said: Selisih faham lelaki perempuan? *hah, yang ni macam tak berapa nak faham soalan aku. Ada pulak dia bagi balik soalan kat aku?* -_-

Aku said: Yeah, both creatures have their own opinion, stand and ego. Cara kita pandang sesuatu perkara pun berbeza. Contoh, perempuan sukakan bunga (tak kisahlah bunga apa pun) sebab ia melambangkan ketulenan, kesucian dan macam-macam lagi yang sangat similar dengan perempuan. Bagi lelaki pulak, untuk melambangkan kelelakian mereka, there goes DOTA. Haa, itu contoh je.  Contoh lagi? Macam Fariz Akmal cakap, kalau kereta rosak, perempuan akan senang dan cepat panik, sedangkan lelaki tahu apa yang perlu dia buat bila kereta rosak. Call pomen lah! 

Haa. Macam pengalaman aku sendirilah, tetengah drive, tiba-tiba aku dengar bunyi gedegung.gedegung.gedegung. Aku dah suspen je. Masa tu, aku memang tengah drive laju giler kat area Parit Raja tu. Dah dengar bunyi pelik tu, memang nak gugur jugak lah jantung aku. Panik, of cos! Aku terus bagi signal kiri and berhenti betul-betul tepi Sekolah Pintas Raya. Pagi tu sepatutnya aku ada appointment dengan doktor, tapi aku tak boleh nak fikir dah. Aku matikan enjin kereta, dengan radio radio sekali aku matikan. Aku duduk diam je lepas tu. Yang aku perasan, mana-mana motor yang lalu tepi kereta tu, mesti toleh dua kali siap bagi senyuman seindah Darlie. Ada lah dalam doploh minit aku diam tatau nak buat apa. Pastu baru aku keluar dari kereta and tengok apa yang dah jadi sebenarnya. Okay, ekzos kereta dah barai ke bawah. Serius tak kelakar! Ya Tuhan. Nak menangis aku tengok tapi takdak pulak air mata keluar. Aku duduk balik dalam kereta, call Abah and text Farid. Lepas aku tarik hembus tarik hembus nafas, baru aku boleh fikir nak buat apa lepas tu. Haihh. *Okay, panjang pulak hikayat aku* -_-

Seterusnya, 

Pendapat lelaki dan perempuan sememangnya berbeza, cara tangani perbezaan ini supaya konversasi berjalan dengan lancar?   

Farid Izzat said: Untuk elakkan argument, ada satu kata kerja yang sesuai diaplikasikan iaitu, mengalah. Haaa. Depends on the situation jugaklah kan. Kalau nak cari siapa yang betul, siapa yang salah, undang-undang yang wajib digunapakai, salah seorang MESTI mengalah. 

Fariz Akmal said: Spill. Luahkan. Lelaki ni, cara dia kalau tak puas hati dengan member dia akan luahkan terus. Direct. Kalau perempuan pulak, lebih kepada nak jaga perasaan memasing supaya takde yang terasa ke hape ke. *true.true.true*

Yasnani said: Jangan simpan sensorang. Let him/her know. Bincang elok-elok. Cari jalan solusi sesama. Haa. Sweet kan? 

Cik Pinat: Accept each other opinion. : )

Aku said: Dalam satu-satu perbualan atau konversasi yang terjadi antara berlainan gender ni, aku rasa semua orang akan guna pakai, 'accept each other opinion'. Tapi, kekadang tu, kat mulut je cakap terima pendapat orang lain sedangkan dalam hati bengkek semacam je sebab tak boleh terima pendapat parti di sebelah sana. Masalah ni terjadi sebab kita rasa kita always right dan kekadang tu cara kita mencerna pendapat pihak satu lagi pun berbeza. 

Contohnya, lelaki said:  I rasa roses are beautiful. *straightforward opinion without any hidden meaning* 
Tapi, perempuan fikir: Apasal pulak? Aku suka Tulip, so Tulip lah yang paling lawa. Eh? Dia ni nak condemn aku ke cemana? Ke sebab ex-makwe dia suka roses? Apa ni? Apa ni? Dia pernah ada ex-makwe ke? Eh, tapi dia cakap, dia tak pernah ada makwe sebelum ni? Haaa, nak kena siasat ni! *kalut tak pasal*

See? Berapa banyak question marks there? Perempuan memang cepat overthinking. Mind orang perempuan ni unik! Bahahaha. Mind diorang ni akan bekerja lebih masa tanpa disuruh kalau melibatkan perkara-perkara yang menimbulkan syak wasangka. Haaa. jaga-jaga. -_- *always happened to me and most of the perempuans out there* 

Aku pun perasan jugak, lelaki ni penuh dengan humor, suka nak buat lawak doploh pat jam tujuh hari seminggu, tapi dengan hanya berlawak tu jugaklah boleh timbul ketidakfahaman dan ketidakserasian. Well, perempuan kan cepat nak emo bak kata Fariz *agree with that* >.< Kenapa berlaku macam ni? Haa, disebabkan lelaki suka buat lawak vangang bak kata Farid Izzat, dan perempuan pulak ada masalah untuk membezakan di antara realiti dan jenaka. Haa. Cenggitu kisahnya. 

Tapi, ada je yang aku tengok, lelaki dan perempuan boleh duduk semeja, sebab sekepala. Contohnya, bola! Well, jarang nak jumpa perempuan yang memang fanatik pada bola disebabkan skill pemainnya. Most of the women, mereka sukakan bola adalah kerana kehenseman si pemainnya. Auwww! So, bila ada perempuan yang boleh lepak kedai mamak sambil gebang kencang pasal bola dalam erti kata yang sebenar;
Perempuan said: 'Kau tengok, MU dah jadi lauk dengan Liverpool. Aku dah kata dah. MU ni poyo je sekarang.' 
Lelaki said: 'Ahh. MU kasi chance je.' 
Perempuan said: 'Muka kau pun dah frust macam ayam berak kapur, lagi nak kata bagi chance. terima je lah kenyataan MU dah jadi lauk.' .senyap. *contoh*  

Ini bermakna perempuan dan lelaki itu ada kimia untuk berdiskusi tentang sesuatu topik yang rare tanpa perlu bergaduh angkat kerusi.

Cemana pulak dengan orang yang selalu nak melontarkan idea bernas at last end up with argument?

Berdasarkan kaji selidik tak rasmi yang dijalankan oleh aku;

Individu A ada lesen kereta. Begitu juga individu B. Dua-dua ada kejaguhan merempit kereta di lebuhraya. Tapi, adakah kedua-dua individu tersebut memegang stereng kereta yang sama dan memandu dalam waktu yang sama? Ya, jawapannya TIDAK. Mereka akan bergilir-gilir memandu. 

So, there goes we here. Salah seorang akan ambik turn untuk bercakap, dan seorang lagi akan mendengar. Bergilir-gilir. Kalau dua-dua nak bercakap, siapa nak dengar, kan? Muehehee.

Cemana pulak nak terima pendapat dengan hati terbuka dan tak bengkek bila tengok partner dia bagi pendapat? *kenapa soalan aku macam terbelit-belit ni?*

Kata Farid Izzat, proses ini dipanggil adaptasi dan asimilasi. Adaptasi ni, kita kena sesuaikan diri dengan keadaan, topik yang dibincangkan, dan lain lain lagi. Asimilasi ni pulak, kita kena guna atau terima cara, pendirian dan sebagainya secara natural. No more butt-hurt. 

Konklusinya, *dah gaya macam nak buat kajian tindakan* dua-dua jangan ikut kepala akal sendiri je. Biasanya, ngam tak ngam ni disebabkan kita nak kata yang diri sendiri je betul. *tampaq pipi sendiri sampai berdarah* T_T 

So, betul ke betul? ;)   



Perempuan ni pun nampak macam tamak jugak ea? Semuanya dia punya sorang. Takboleh share. Buruk perangai. Muehehehe





Adios!

'People don't always need advice. Sometimes, all they really need is a hand to hold, an ear to listen, and a heart to understand them.' 

.:JBA:.


1 comment:

Anonymous said...

Naiss! Haha