Tetamu Jijie!

Thursday, June 9, 2016

Herbalife VS Atkins

Assalamualaikum.

Lama dah tak 'melalak' dalam ni. Ngehehe.

Cuti sekolah pun dah nak habis. Sementara tunggu kereta siap di servis, so, let's kill the time!

Sebulan lepas aku ada janji nak cerita comparison antara jenis-jenis diet kan? So, yeah. I have been doing Herbalife and Atkins. Kaedah yang berbeza. Tapi matlamat sama.

Let me introduce you guys with herbalife first.

Herbalife ni menawarkan 3 program utama. (Dah macam iklan lak bunyinya)

1. Turun berat badan
2. Naik berat badan.
3. Maintain berat badan.

Aku consumed dulu sebab masalah kesihatan (period pain yang 'membunuh' dan tak suka minum air masak). Bila aku consumed, aku bukan saje dapat atasi masalah period pain, tp aku lose some fat!

Untuk program turun berat badan, 1 shake dikira sebagai 1 kali meals. 1 shake tu dikira bagus lah dengan hidangan lengkap yang biasa kita amik tapi rendah kalori! Aku kena shake herbalife dua kali, makan berat sekali, total 3 kali meals. Sama ada Shake waktu breakfast dan dinner, lunch makan macam biasa. ATAU, shake waktu breakfast dan lunch, dinner makan macam biasa. ATAU, shake waktu lunch dan dinner, breakfast like a king. ATAU mana-mana yang available dengan diri korang as long as you know what program you are in, follow the instruction from the instructor DAN minumlah banyak air masak. Setiap program berlainan intake shake-nya. So, make sure lah korang tahu program apa yang korang tengah in kan.

Kekangan aku masa tu ialah aku jenis yang tak suka minum air masak. Problem aku ni agak beratlah jugak sebab berkait rapat dengan masalah constipation. Bagi aku tak berak buang air besar berhari-hari tu normal, tapi bagi orang yang normal, setiap hari kena berak buang air besar. Lebih malang lagi, dulu aku jenis yang berhari-hari tak minum air masak pun takpe, asalkan ada air manis-manis. Lepas tu, bila aku kena minum sampai 2 3 liter air sehari, naaaaa, Imma dead meat weyhhh! Orang putih kata, matilanak! Memang gila betul masa tu. Air masak kot! Takde rasa. Tawar. Tak menarik! Tak berkaler-kaler. Tu la apa yang aku fikir masa tu. Terkencing-kencing jugaklah dibuatnya masa 2 3 hari pertama nak kena adapt dengan air masak. Lepas tu alhamdulillah okay. Period pain getting better, bonus aku lose fat. Disebabkan masa tu bmi aku masih okay, so, aku takdelah beria nak turun berat. Sebab masa study dulu pun rajin jugaklah aku turun jog petang-petang.

Selepas kerja:

Bila dah mula pegang duit sendiri, mulalah makan macam-macam kan. Nak-nak pulak cafe-cafe hipster banyak ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Kadang tu, tak sedap mana pun, tapi asal nampak rupa Chicken Parmigiana, Spaghetti Bolognese,  haaa, terus bukak cafe. Kehkehkeh. Pastu aku pulak gigihlah pergi try dari satu cafe ke satu cafe. Pastu komen dalam ni. Ceh!

Jadinya, berat aku pun naik dengan gigih. Sampailah satu malam tu, ummi dengan muka serius tegur badan aku. Dia tanya berat aku lepas balik vacation kat Bukit Tinggi, Indonesia. Ada tak tadi aku bagitahu aku suka cuba semua jenis makanan? Haaa, tu pun salah satu sebab kemenjadian kegemukan aku. Gemuk ke? Bila ummi tahu je berat aku, terus dia kata, "Itu berat ummi masa pregnantkan angah (adik aku nombor 2)." Denggggg! T_T

Apa kau rasa bila mak kau cakap macam tu?

So, aku try out Atkins pulak. Masa ni, semangat aku memang berkobar. No one can't stop me la cerita dia. Dapat pulak partner yang nak buat Atkins jugak. Hi Michelle! *sambil wave hand* Even we're far, tapi kiteorang selalu update routine and menu for the day. Cabaran 21+ hari tu memang membuahkan hasil. Aku lose 6kilos babe!

Atkins ni biasanya orang kata tak bagus. Sebab kau hanya makan apa saje berasaskan protein. No carbs, no sugar, no fruits. Hari-hari aku, aku hanya makan lauk-lauk macam telur-telur, ikan, ayam, daging. Tak ambil langsung nasi, pasta, roti, biskut. Gila kan?


Tapi kalau korang teliti betul-betul, even dalam protein still ada a lil carbs. Dan kalau fahamkan betul-betul program atkins ni, sebenarnya restriction tak boleh makan carbs, sugar, fruits semua tu hanyalah untuk 21 hari saje. Sebab dalam Atkins ada 4 phase kalau tak silap aku. 2 minggu atau 21 hari restriction tu untuk first phase. Bila korang dah berjaya buat first phase ni, kat second phase, korang dah boleh dah tambah sikit carbs contohnya antara 50gm-75gm. (Aku tak ingat sangat 2nd phase ni berapa gm carbohydrate korang boleh amik, kalau nak lebih sure, boleh download manual Atkins).

.
.
.
.




Memandangkan kereta dah siap servis, so, haruslah beta berangkat dulu.

To be continue.

Love,
NAR~




No comments: