Tetamu Jijie!

Sunday, July 29, 2012

Isolated


Assalamualaikum wbt.

Terasa dah lama sangat tak buat, (buat?) I mean menulis cerita. So, malam ni terasa nak share cerita. Maklumlah cita-cita nak jadi macam Hlovate tak pun Aisya Sofea, tapi macam jauh panggang dari BBQ. Hehehe. So, here the story, feel free to read. :)

***


“Isolated”

“ Kenapa kita makin jauh?” Wawa bertanya perlahan.
“Maksud kau?” Dahiku berkerut, cuba menangkap arah persoalan yang ditanya.
“Err. Hmm.” Jeda.
 “Kita dah tak macam dulu. Dah jarang giler hangout together. Kalau tak kerana kita ni satu group tugasan, rasanya, lagi jauh kot. Kau dunia kau, aku dengan life aku. Kau tak rasa macam tu ke?” Persoalan Wawa semakin panjang. Tentunya memerlukan jawapan yang panjang juga.
Aku terdiam. Senyum segaris. Memikirkan jawapan yang sesuai. Lalu,
“Isolated.”

Sejurus itu, aku bangkit berdiri, mengibas rumput di punggung seluar tracksuit, membetulkan ikatan tali kasut, bersedia untuk menyambung larian semula. Bersedia juga ‘lari’ dari soalan Wawa.  

“Nak ke mana?” Sekali lagi, soalan Wawa menerobos gegendangku sekaligus menghentikan langkahku. Aku hulurkan senyum segaris, “Sambung lari. Join?” aku berpatah beberapa tapak ke belakang, menghulurkan tangan agar dia bingkas berdiri. Wawa pantas menarik tangan yang kuhulur. Tangannya, kugenggam erat sebelum ku lepaskan.

“Sorry. Aku balik dulu. Ada date dengan Hana, junior baru tu. Kau tak kisah lari sorang kan?” Soalan lagi.

‘Kisah?’

Pilihan apa yang ada. Rasanya, sejak enam bulan yang lalu, aku belajar ‘berdiri’ sendiri.

“Sure.” Dengan senyuman yang terukir untuk dia, aku bingkas meneruskan larian petang itu.

***
“Kau dah tanya dia?” Syikin bertanya, memulakan perbualan setelah mendapatkan tempat duduk sejurus membeli makanan, rehat tengah hari itu.
“Dah.” Pendek jawapan balas Wawa.
“Then?”
“What do you expect?” Soalan berbalas soalan. Dingin.
“Erm. Why I feel something goes wrong?” Lagi, soalan daripada Syikin.
“Entahlah. Berjela aku tanya soalan, sepatah je jawapan dia.” Wawa ketawa kecil, namun kedengaran sumbang, mungkin sedang membungkus rasa terkilan di hati.

***
“Are you okay, sis?” Roomate kesayangan merangkap kakak sejak dari program persediaan ijazah, bertanya prihatin.

“Am I looking miserable?” Aku menarik senyum segaris. Ketawa kecil. 

"Nope. But one thing for sure, you are hiding something, kan?"

“Aiseyh. Akak ni lecehlah. Nampaknya, Jaz kena improve muka poker face supaya akak tak tahu!” Ketawa. Lebih lama. Seolah ada sesuatu yang menggeletek jantung hati.

“Wanna share?” Soal Kak Lin. Ketawaku beransur mati.

Kak Lin masih berusaha mengorek rahsia. Baginya, Jazmine seperti adiknya sendiri. Mungkin dia tak dapat menolong, tapi meminjamkan telinga juga salah satu pertolongan, tolong meringankan beban, barangkali.
Aku memandang ralit muka Kak Lin. Mengira anak rambut yang terjuntai di dahinya, mungkin.

“You know what, sis?” Kak Lin sekali lagi bertanya, cuba memancing minat aku.
“Hmm?” Aku toleh. Senyum, memohon dia meneruskan bicaranya.
“Being silent is the woman’s loudest cry.” Kak Lin menyambung, “Dan, orang yang selalu banyak bercakap dan ketawa demi orang lain, akan menjadi manusia paling pendiam bila dia ada masalah dan menangis paling banyak, dalam hati.” Lembut sekali bicara Kak Lin menampan gegendang telingaku.

Tersenyum aku mendengar bicara Kak Lin. Inilah juga perkara yang paling aku lemah sekali bila ada orang mula prihatin dan mengambil berat padaku. Pantang. Aku pasti cair. Cair macam coklat yang dilebur dalam periuk untuk dijadikan topping kek. Manis. Tapi terlampau manis juga pasti membuatkan orang jatuh sakit. Dan kesakitan itulah yang menikam-nikam hatiku, tika ini.

‘Akak, just because I’m not talking, doesn’t mean I’m in bad mood, sometimes, I just like being quiet.’ Lontaran kataku hanya bergema di relung hati.  Tak terluah dimulut. Aku hanya membuang pandang ke muka Kak Lin. Sekali lagi, aku tersenyum. Tiga saat.

Sekali lagi, daripada Kak Lin, “Bila mereka tak menghargai kehadiran kita, buatlah mereka menghargai ketiadaan atau kehilangan kita.”

Eh? Sokongan! Seolah-olah Kak Lin tahu tindakan aku menjarakkan diri daripada mereka adalah tindakan yang boleh dikatakan bijak. Mungkin separa-bijak. Apa yang aku tahu, Kak Lin di pihakku. Menyokongku, barangkali.

Kata-kata Kak Lin membuatkan aku merasakan ‘Isolated’ adalah jalan dan pilihan terbaik. Mungkin bukan untuk selamanya, tapi sudah memadai bagiku buat waktu dan tika ini.  Tiada siapa memilih untuk terasa dipencilkan, tapi pilihan apa yang ada? Bukan mereka ‘membuang’ aku tapi pilihan ini yang tinggal. Aku pasrah.

***

“Banyak perkara dalam dunia ni yang mengajar kita menjadi dewasa.” Tutur lembut mama menampar jauh khayalanku petang itu.
“Kadang-kadang kawan yang baik boleh bertukar menjadi manusia asing. Kadang-kadang ada orang yang kita kenal, ‘hilang’ macam tu  je tanpa ucapan selamat tinggal. Kadang-kadang, ada perkara yang tak perlu diungkapkan tapi kita dah pun memahaminya, kadang-kadang ada masalah yang boleh diselesaikan dengan jalan-jalan tertentu tapi tetap menemukan jalan yang sangat panjang, kadang-kadang kita berduka cita tanpa sebab-sebab yang pasti. Dan, walau berapa banyak ‘kadang-kadang’ dalam hidup ni, ‘kadang-kadang’ tu lah yang mendewasakan kita.”

Pesanan berjela daripada mama bermain-main di kotak fikiran. Bila ditilik, ada betulnya. Bila direnung, ada benarnya. Bila cuba diadaptasi, memang tiada keraguan lagi!

Ya. Orang yang disangka teman baik malah mungkin yang paling rapat boleh berubah dalam apa jua keadaan. Tanpa signal mahupun amaran.

Tarik senyum segaris bila terkenangkan mama yang memang peka terhadap sebarang perubahanku. Alangkah bagusnya kalau mama berada di sisiku dalam waktu waktu sesak dada macam ni.

“Jazmine?”
Tiada sahutan.
“Jazmine?”
Suara Dr.Rafael meninggi seoktaf.
“Jazmine!!”
“Yes, sir?” Tangan yang dijadikan tiang untuk menopang dagu jatuh ke meja. Terkejut.  Terkebil-kebil aku memandang Doktor separuh abad yang masih segak bergaya. Segera aku berdiri.

Semua mata kini tertumpu penuh pada diri Jazmine. Ada yang tersungging memerli, ada juga sekadar memandang tanpa rasa. Jazmine sempat mengerling pada dua sahabatnya yang jauh di satu sudut. Lontaran pandangan mereka menghantar pertanyaan kenapa Jazmine sampai terkhayal di dalam kelas Dr. Rafael.

Siapa yang tidak kenal dengan Dr. Rafael. Bicaranya saja sudah boleh membuatkan telinga tercabut dari tempatnya. Itu belum masuk ke sesi memberi air liur percuma-caramah tanpa bayaran.

‘Aduh, malunya. Macam mana boleh berangan pulak ni? Masalah, masalah!’

“Please wash your face, now. Are you okay? You look so pale today.” Dr.Rafael bertanya. Prihatin, mungkin. Pastinya mahukan keterangan di atas kelalaianku berangan semasa kelas beliau.
“Sure. Don’t worry.” Segaris senyuman kuhadiahkan buat Dr. Rafael lalu bingkas menuju ke ladies.

***

Malam itu, lagu berentak slow and soothing, “Menjadi Diriku” menemani aku menyiapkan ISL yang diberikan oleh pensyarah semasa kelas pagi tadi. Tugasan tersebut hanya ada tiga soalan, tidaklah sebanyak mana, namun hampir dua jam aku berteleku memahami soalan dan menyiapkannya.

Macam susah benar soalan ni, padahal dalam kelas pagi tadi beria jugak aku menganggukkan kepala tanda faham. Haihhh. Memanjang nak kena selak kamus, ni yang lemah ni. Perkataan ni semua mengalahkan orang nak buat PhD. Tercabut jugak kepala otak aku dari tempurung ni kang.   

Tak seperti bintang di langit,
Tak seperti indah pelangi
Karena diriku bukanlah mereka
Ku apa adanya

Ya, aku adalah aku. Kepala diangguk mengikut rentak irama dan juga mengiakan lirik. Jazmine Shahrul yang baru. Jazmine Shahrul yang sedang bertatih semula. Jazmine Shahrul yang sedang mengutip sisa semangat yang hampir hilang. 

“Kau okay?” Soalan yang diajukan Syikin menarik perhatianku untuk tiga saat, pagi tadi.
“Kenapa tanya?”
“Saja tanya.” Begitu pula jawapan balas dari Syikin.
“As you can see.” Senyum segaris sebelum aku meminta diri.
“Tunggu!” Syikin menahan aku dari terus berlalu. Aku menoleh, tersenyum sesaat, meminta dia menyambung kata.  “Kalau kau tak okay, ada problem ke, bagi tahu aku. Jangan simpan sorang-sorang.” Terharu. 
Kata-kata yang aku harapkan mampu membuat aku rasa sedikit dipunyai oleh dua sahabat itu seperti masa lalu.

Aku tersenyum, “Sure! Don’t worry.”

Dan wajahku memang begini
Sikapku jelas tak sempurna
Ku akui ku bukanlah mereka
Ku apa adanya

Percayalah. Tiada manusia yang sempurna. Dan itulah aku. Tiada manusia yang terlampau bijak dan sempurna serba serbi. Dan itu juga adalah aku. Ada masanya, aku tak mampu memenuhi kehendak semua. Ada masanya, situasi yang membuatkan aku untuk begini. Ada masanya, aku juga hilang kawalan diri, namun pantas dibendung. Dan, ada masanya, aku perlu menangis sendiri walau terkadang aku inginkan sedikit pelukan dan kata semangat. Sesungguhnya, aku tiada pilihan. Bila mana, pilihan yang tinggal cuma satu. 

“Ikin jelous pada kau sebab aku berterus terang pada dia. Sorry sebab libatkan kau.” Enam bulan lepas, pengakuan itu membuatkan aku adalah aku hari ini.  Jazmine yang baru. Jazmine yang cuba berkorban demi keselesaan sahabat. Tapi, masih bolehkah ‘isolated’ ni dianggap seperti berkorban? Haihhh. Entahlah.

“Jealous? Kenapa nak jealous dengan aku? Cop! Cop! What do you mean?” Aku bertanya, penuh ragu.

“Macam mana nak cakap ea. Hmm. Dia tanya aku, siapa orang yang aku suka sebelum dia.” Perlahan tuturnya namun telingaku masih berfungsi dengan baik.

“Jadi?” Soalku penuh debar dan doa. Tak ingin aku dengar pengakuan yang menakutkan itu.

“Kau tahukan, siapa yang aku suka sebelum dia dan …” belum habis bicaranya, aku memotong,
“Kenapa kau jadi lelaki yang paling lurus dalam dunia ni? Tolonglah jangan mengaku depan aku yang kau buat pengakuan berani mati kat Ikin.” Aura dingin Kutub Utara mula bertiup dan terasa menggigit tulang.



“Sebab tu aku mintak maaf. Mintak maaf sangat-sangat sebab dah libatkan kau. Kau dengan dia masih okay kan?” Tuturnya makin perlahan, mungkin sedang cuba memohon secebis pengertian dariku.

“Tapi kenapa?”

Diam.

Senyap.

Sepi.

3 minit telah berlalu tanpa kata.

“Aku bagi peluang untuk kau buat penjelasan, kalau tak, aku letak phone ni. Dan jangan pernah cuba contact aku lagi.” Amaranku sudah keluar.

“Nanti! Hmm, sebab dia tanya aku banyak kali. And to be honest, aku mengaku yang aku pernah sukakan kau. Sekarang pun masih ada sikit perasaan tu especially bila dia buat perangai.” Pengakuan senafas, berani dan agak keterlaluan itu membuatkan aku sedikit tersentak. Ya Allah.

“Astaghfirullah. Kenapa mesti wujudnya manusia lurus macam kau? Tak salah nak berlaku jujur, tapi tolong sesuaikan dengan keadaan. Takkan kau tak tahu pengakuan kau tu akan buat dia jelous? Terasa hati? Takkan benda macam ni pun, aku nak ajar? Kalau aku kat tempat dia, aku pun akan terasa sebab aku bukan pilihan yang pertama. Mana pergi sense of humanity kau?” Aku beristighfar dan mengeluh panjang. 

Dalam hatiku, terpalit rasa kesal. Bukan silap aku, tapi begini pula jadinya.  Ya, bukan silap aku!

“Aku mintak maaf, weyh.” 

“Senang kan? Dah rasa atau buat salah, terus mintak maaf.” Ketawa. Sumbang.  “Apa guna polis dengan mahkamah kalau semua boleh settle dengan maaf?” Dalam gurauan, aku bertanya sarkastik. 

“Kau nak suruh aku buat apa? Tarik balik kata-kata aku? Kalaulah boleh, dah lama aku buat. Aku betul-betul mintak maaf. Aku tak sangka pulak dia akan jealous.” Bersungguh nampaknya lelaki ini mengharapkan maaf aku.

“Tak sangka dia akan jealous? Alasan apa ni? Helah bela diri? Huh! Okay, aku akan maafkan kau tapi  bersyarat.”



“Apa?” Teruja.
“Jangan pernah contact aku melainkan atas urusan kerja. Itu pun, kalau boleh, tolong elakkan daripada berurusan dengan aku.”
“Kenapa sampai macam tu?” Protes.
“Sebelum aku jawab soalan kau, Ikin tahu ke yang kau contact aku ni?”
“Tak.”
“See? Mana pergi kejujuran kau tu? Tak bertempat! Maknanya sekarang ni, Ikin tak tahu pun yang aku dah tahu dia cemburukan aku, kan? Dah lah, keputusan aku mudah, jangan cari aku kalau takda urusan penting. Terima kasih untuk semuanya. Terima kasih untuk pengakuan kau ni. By the way, sebelum aku terlupa, aku nak jawab persoalan kau dulu, few months back, ya, aku memang sukakan kau, tapi cukup suka sebagai kawan. Kau buat aku rasa selesa. You made my day. Tapi sekarang, aku pun tak pasti. I'm off. Assalamualaikum.”
Jeda.
“Waalaikumussalam.”

Talian putus.  

“Jazzzz!!” Seru Kak Lin dengan nada vuvuzuelanya. Humakhai, terkejut aku! Harulah kakak aku yang seorang ni!

“Kenapa kak? Terjerit macam orang lapar? Nak pisang?” Ketawa.

“Eh eh! Kejadahnya la akak nak makan pisang waktu macam ni. Kita dok panggil sampai nak terkeluar anak tekak ni, boleh pulak dia buat lawak sarkas tu. Apesal tenung laptop tu macam nak bagi tembus je?”

Lucu pulak Kak Lin ni. Ada ke patut kata aku buat lawak sarkas? Ceh! Tak padan sungguh. Comel lotey dikatanya buat lawak kat sarkas? Duhhh! Serious tak masuk. Dah tu, kalau anak tekak tu nak terkeluar, tahanlah jangan sampai terkeluar. Tu pun, nak ajar ke? 

“Akak tak tahu ke?” Aku bertanya. Memancing minat Kak Lin yang kembali tekun dengan novel thrillernya untuk menoleh sejenak padaku.

“Tahu apa?” Kak Lin menyoal polos.

“Pagi tadi, lecturer bagi task.” Jeda seketika.

“Then?” Mata Kak Lin bersinar, mungkin teruja untuk menyuruh aku bercerita lanjut.

“Task dia tu lah yang tengah Jaz praktiskan ni.” Sengih. Kerang busuk. Tanduk bayangan mula tumbuh.

“Apa tasknya?” Kak Lin musykil.

“Pelupa! Petang tadi makan karipap inti semut ke kak?” Ketawa. Jahat. Kak Lin bengang.

“Apa pulak! Yang awak tu dok cakap tersekat sekat macam orang baru dapat gigi tu siapa suruh? Sepatah kita tanya dia, sepatah jugaklah yang dijawabnya. Menjawab pulak macam gaya orang nak mintak lempang laju-laju. Apa tasknya?” Kak Lin kembali menyoal.

Yesss! Kak Lin dah mula membebel. Bila Kak Lin membebel, itu tandanya dia dah geram. Ketawa jahat kusimpan kejap didalam hati.

“Yelah, tadikan akak cakap Jaz pandang laptop macam nak tembuskan? Dan memang itulah yang Jaz tengah buat. Sebab task yang Dr. Rafael bagi tu berkaitan dengan, ‘Siapa dapat buat jurus pandangan tembus laptop akan diberi ganjaran’. Tu yang Jaz cuba dari tadi tu.” Sejurus habis aku berkata-kata, aku bantai gelak tahap tak ingat. Amik kau, sampai berair mata aku ketawakan Kak Lin. Kak Lin? Mak hai! Jurus panahan matanya boleh buat orang tak tidur malam! Seriau.

Kak Lin mendekat dan tanpa sebarang signal, Kak Lin menggeletek aku semahunya. Gedebuk! Amik kau, jatuh dari kerusi aku dibuatnya! Macam durian runtuh dah gaya aku tergolek dari kerusi. Tugas ketawa diambil alih sepenuhnya oleh Kak Lin. Berdekah dia ketawa, bergegar kolej ni dikerjakan Kak Lin. Kurang asam gelugor Kak Lin ni. Langsung taknak tolong bangunkan aku. Nak buat serangan balas, tapi nampaknya bukan sekarang, sebab punggung aku yang sakit memerlukan perhatian lebih berbanding Kak Lin. Siap Kak Lin! Wuwuwwuu~ Sakit giler punggung aku ni!

***

Januari, 
Semester baru bermula. 
Restoran Old Town. 


“Kelakarlah classmates kita, hal kecik pun nak gaduh kan? Pulak tu, suka bawak cerita atas bawah luar dalam. Pening! Depan baik, belakang hentam kaw kaw.” Terlepas ketawa kecil dari bibir Wawa. Mungkin lucu terkenangkan kerenah budak budak kelas.

“Sebab tu, aku malas dah nak take port hal kelas. Dari semester lepas macam ni. Lepas sorang, sorang  lagi dengan perangainya. Sebab tu, sekarang ni hal penting je, aku noted. Hal lain, aku malas nak fikir. Buat serabut je.” Kata-kata Shikin mendapat anggukan dari dua kepala. Setuju.

“True! Because of that, aku prefer kita kita ni je satu group, tak kiralah untuk presentation or assignments. Senang sikit. Kita dah tahu perangai masing-masing, kan?” Sambut aku pula.

“Yup. Prinsip mudah je, nobody perfect, so, don’t put some high expectation on others. Lagi satu, hal roommate tak payahlah nak jaja keluar. Kesian member tu. Depan dia, kau buat baik, senyum sampai ke telinga, tapi belakang dia, kau cerita sana sini. Come on lah, mana ada orang yang perfect dalam dunia ni, kan? Huuu. Haru betul.” Seru wawa.

“Hmm. Agree! Walau apa pun jadi, kita stay together ea? Jangan mudah percaya cakap-cakap buruk orang.” Aku mengemukakan ikrar-bersama-selamanya dan dua lagi tersenyum senang.  

“Yeah. Lagipun kita dalam satu oraganisasi yang sama. Jadi apa-apa hal, senang kita nak discuss, study and stay unite. Kalau aku kurang, korang support aku, kalau korang perlukan support, aku memang ada je.” Senyum. Puas hati dengan kata-kata yang meluncur keluar. Aku dan Wawa mengiakan.

***
18 Mei,
Dataran Penggaram,
Batu Pahat,
9.00 malam.

“Mana diorang kak?” Aku menebar pandangan, liar, mencari kelibat 3 orang lagi sahabat yang turut bersama membuang masa di dataran sementelah selesai menjawab satu kertas peperiksaan. Leganya, Tuhan je yang tahu. Gaya menghargai masa macam dah selesai semua kertas peperiksaan.

“Entah. Tadi, nampak je Janice, Efa dengan Rin. Ke mana lah lesap diorang ni?” Kak Lin turut menyumbang kepala, tertoleh-toleh mencari kelibat mereka bertiga.

“Haaa. Tu pun. Oh, baru Jaz ingat, Janice kata nak cari orang jual aiskrim.” Ketawa tapi atas sebab apa tak dapat pula dipastikan. Kak Lin mengangguk tanda faham.

Sepi mengisi ruang-ruang kosong yang mula terbina. Aku dan Kak Lin masing-masing terbius membisu membuang pandang di sekitar dataran. Cantik. Lukisan malam dengan lampu-lampu bergantungan membuai perasaan. Asyik.

“Erm, susah jugak jadi budak isolated ni kan kak?” Ketawa lagi. Aku memecah bola-bola angan Kak Lin yang sedari tadi tersenyum-senyum memerhatikan kanak-kanak Cina yang berlari gembira di tengah padang dataran bersama laying-layang kuningnya.

“Memanglah.” Sejenak Kak Lin menoleh dan mengiakan. “Nak sesuaikan sesuatu yang bukan kebiasaan tu bukan mudah. Mungkin jugak sebab Jaz memang boleh berkawan dengan semua orang jadi Jaz rasa takde masalah kalau isolated dari kumpulan sendiri pun. Cuma, nak cari yang betul-betul sesuai tu lah yang payah. Tapi mungkin jugak isolated tu sesuatu yang perit sebab selama ni Jaz bergerak berkwan-kawan, bersuka ria dengan kawan-kawan yang dah sekepala, everything dengan kawan-kawan, and now you try to put yourself apart from them. Tapi yang pasti, Jaz ada alasan sendiri kan?” Kak Lin dengan mukadimahnya.

“Hmm. Akak tahukan, memang since sekolah lagi, Jaz dah puas hidup dalam pandangan orang, yang Jaz ni perempuan yang bahaya untuk didekati …..” belum sempat aku menghabiskan kata, Kak Lin sudah berdekah ketawakan aku. Lawak ke? Mukaku kelam meminta penerangan.

“Apalah Jaz ni. Perempuan yang bahaya untuk didekati? Hiperbola sangat. Bahasa jiwa-jiwa lah Jaz ni!” Ketawa Kak Lin bersambung lagi.

“Akak..” Aku sudah menarik nada, tanda amaran. 

Dengan ketawa yang masih bersisa, “Okay okay. Sambung.”

“Hmm. Kalau tak, takkanlah sampai sekarang, kawan Jaz sendiri rasa tak selamat dengan Jaz bila kita orang hangout ramai-ramai dengan pakwe dia. Ikin mesti gaduh dengan Adam tiap kali balik hangout atas alasan yang Adam masih lagi ada hati dengan Jaz. Tak masuk akal, kan? Lagi kelakar bila diorang gaduh, Adam mesti cari Jaz untuk ceritakan semuanya. Kesian Ikin. Tapi, Jaz respect dengan Ikin sebab dia tak pernah tunjukkan yang dia cemburu dengan Jaz. She’s trying so hard to control her feeling well. Yet, she still gives the best treatment to me. Seboleh-bolehnya dia nak sorokkan rasa cemburu dia bila kita orang keluar ramai-ramai, tapi Jaz tahu apa yang dia rasa. Insecure. ” Aku berjeda.

“Sebab tu Jaz dah tak join diaorang sekarang ni kan? Jaz taknak Ikin rasa tak selamat dengan Jaz? Hmm. Dah tu, kenapa akak tengok dah jarang Jaz lepak bilik Wawa? Rasanya Wawa takde kaitan dengan Ikin dan Adam kan? Aduhai. Bersegi-segi cerita korang ni.” Kak Lin membuat kesimpulan dan aku hanya mengangguk.

Ketawa seminit.

“Langsung takda. Tapi tak tahulah kalau dalam diam, Wawa memang tahu. But, I’m pretty sure, she don’t know sebab Ikin bukan jenis suka let-it-out masalah dia pada orang. Ikin jenis simpan masalah sendiri. Hmm. Sebab dah lama tak lepak bilik Wawa? Jaz rasa Jaz takda apa-apa yang istimewa sampai boleh buatkan orang nak bergantung harap pada Jaz. Jaz bukannya pandai sangat. Dalam kelas pun pointer Jaz biasa-biasa je. Tak gempak mana pun. Kalau nak compare dengan akak pun macam langit dengan bumi jaraknya! Lagipun sejak Wawa pindah bilik, dia dah dikelilingi oleh orang yang jauh lebih baik dan pandai. Orang-orang yang hebat. Jaz takda apa-apa kak. Tak ada. Yang Jaz ada pun hanyalah kata-kata. Kata-kata yang mungkin boleh buat orang tersenyum, boleh jadi jugak buat orang menahan rasa. Banyak sangat kurangnya Jaz ni.” Ketawa menutup pincang dan lawang di hati. 

“Jaz. Jaz.” Tersenyum seketika Kak Lin memandangku sambil meneruskan biacaranya, “Jangan sesekali bandingkan diri Jaz dengan akak. Nak tahu tak, ibu akak kata, English course lah yang paling susah nak score. Tapi, satu kejayaan untuk Jaz sebab walaupun tak gempak, tapi sentiasa lepas 3 pointer dan sentiasa meningkat setiap semester kan? Apa gunanya kalau jejak 3.80 atau 4 rata sekali pun tapi tak dapat nak kekalkan. Sebab tu, akak tak galakkan adik akak yang lepas SPM tu pilih English course, sebab kalau tengok dari cara Jaz study pun, akak memang tahu susah nak score. Masa kita jawab paper Pengurusan Bilik Darjah hari tu pun, akak dah rasa susah, apatah lagi korang yang kena translate dan jawab dalam English. Lagi satu, believe in what you are. Everyone has their own strengths and weaknesses.” Nah, itu bicara manis Kak Lin. Pembakar. Buat semangatku. Terus hidup dan tak mati.

Aku senyum. Berusaha sedaya upaya. Tahan sebak yang bertandang tiba-tiba. Sebab, dalam diam, aku sebenarnya takut Kak Lin juga akan ‘pergi’ secara tiba-tiba, seperti mereka. Aku bukan persinggahan. Itu pasti.

“Sahabat ibarat cermin kita. Sebab bila kita tengok cermin, kita nampak tudung kita tak betul, kita betulkan, jadi nampak elok. Macam tulah sahabat, dia melihat silap kita lalu perbetulkan silap kita. Bukan terus menghina kita, membiarkan kita sendirian atau apa-apa jelah. Nasihat akak, nilailah sahabat kita dengan sifat yang baik. Teruskan jadi teladan, yang buruk jadi sempadan.”

Senyum aku semakin lebar. Terima kasih Kak Lin.




***END***


notatampal: Jatuh, bangkit semula. Jatuh lagi, menangislah, kemudian bangkit lagi. Begitulah seterusnya. Roda  jatuh-bangkit itu pasti terhenti suatu masa nanti. Pastikan saat ia terhenti, kita sedang tersenyum kerana puas setelah memberikan yang terbaik dalam hidup ini. 


JBA: Penat. 

xoxo,
JBA.

4 comments:

-filzah.sofia- said...

erm, isolated... huhu

JBA said...

@fizah: terasa dah tak mampu nak bangkit. tak mampu.

-syira- said...

suka baca!!!rasa mcm tengah alami benda yg sama...

JBA said...

@syira: Haha. thanx for reading! :)