Assalamualaikum wbt.
Terasa dah lama sangat tak buat, (buat?) I mean menulis cerita. So, malam ni terasa nak share cerita. Maklumlah cita-cita nak jadi macam Hlovate tak pun Aisya Sofea, tapi macam jauh panggang dari BBQ. Hehehe. So, here the story, feel free to read. :)
***
“Isolated”
“ Kenapa kita makin jauh?” Wawa
bertanya perlahan.
“Maksud kau?” Dahiku berkerut,
cuba menangkap arah persoalan yang ditanya.
“Err. Hmm.” Jeda.
“Kita dah tak macam dulu. Dah jarang giler
hangout together. Kalau tak kerana kita ni satu group tugasan, rasanya, lagi jauh kot. Kau
dunia kau, aku dengan life aku. Kau tak rasa macam tu ke?” Persoalan Wawa
semakin panjang. Tentunya memerlukan jawapan yang panjang juga.
Aku terdiam. Senyum segaris.
Memikirkan jawapan yang sesuai. Lalu,
“Isolated.”
Sejurus itu, aku bangkit berdiri,
mengibas rumput di punggung seluar tracksuit, membetulkan ikatan tali kasut,
bersedia untuk menyambung larian semula. Bersedia juga ‘lari’ dari soalan Wawa.
“Nak ke mana?” Sekali lagi,
soalan Wawa menerobos gegendangku sekaligus menghentikan langkahku. Aku hulurkan senyum segaris, “Sambung lari. Join?” aku berpatah beberapa tapak ke belakang, menghulurkan
tangan agar dia bingkas berdiri. Wawa pantas menarik tangan yang kuhulur. Tangannya,
kugenggam erat sebelum ku lepaskan.
“Sorry. Aku balik dulu. Ada date
dengan Hana, junior baru tu. Kau tak kisah lari sorang kan?” Soalan lagi.
‘Kisah?’
Pilihan apa yang ada. Rasanya,
sejak enam bulan yang lalu, aku belajar ‘berdiri’ sendiri.
“Sure.” Dengan senyuman yang
terukir untuk dia, aku bingkas meneruskan larian petang itu.
***
“Kau dah tanya dia?” Syikin bertanya, memulakan perbualan setelah mendapatkan tempat duduk sejurus membeli makanan, rehat tengah hari itu.
“Kau dah tanya dia?” Syikin bertanya, memulakan perbualan setelah mendapatkan tempat duduk sejurus membeli makanan, rehat tengah hari itu.
“Dah.” Pendek jawapan balas Wawa.
“Then?”
“What do you expect?” Soalan
berbalas soalan. Dingin.
“Erm. Why I feel something goes
wrong?” Lagi, soalan daripada Syikin.
“Entahlah. Berjela aku tanya
soalan, sepatah je jawapan dia.” Wawa ketawa kecil, namun kedengaran sumbang, mungkin
sedang membungkus rasa terkilan di hati.
***
“Are you okay, sis?” Roomate kesayangan merangkap kakak sejak dari program persediaan ijazah, bertanya prihatin.
“Are you okay, sis?” Roomate kesayangan merangkap kakak sejak dari program persediaan ijazah, bertanya prihatin.
“Am I looking miserable?” Aku
menarik senyum segaris. Ketawa kecil.
"Nope. But one thing for sure, you are hiding something, kan?"
“Aiseyh. Akak ni lecehlah.
Nampaknya, Jaz kena improve muka poker face supaya akak tak tahu!” Ketawa.
Lebih lama. Seolah ada sesuatu yang menggeletek jantung hati.
“Wanna share?” Soal Kak Lin.
Ketawaku beransur mati.
Kak Lin masih berusaha mengorek
rahsia. Baginya, Jazmine seperti adiknya sendiri. Mungkin dia tak dapat
menolong, tapi meminjamkan telinga juga salah satu pertolongan, tolong
meringankan beban, barangkali.
Aku memandang ralit muka Kak Lin.
Mengira anak rambut yang terjuntai di dahinya, mungkin.
“You know what, sis?” Kak Lin
sekali lagi bertanya, cuba memancing minat aku.
“Hmm?” Aku toleh. Senyum, memohon
dia meneruskan bicaranya.
“Being silent is the woman’s
loudest cry.” Kak Lin menyambung, “Dan, orang yang selalu banyak bercakap dan
ketawa demi orang lain, akan menjadi manusia paling pendiam bila dia ada
masalah dan menangis paling banyak, dalam hati.” Lembut sekali bicara Kak Lin
menampan gegendang telingaku.
Tersenyum aku mendengar bicara
Kak Lin. Inilah juga perkara yang paling aku lemah sekali bila ada orang mula
prihatin dan mengambil berat padaku. Pantang. Aku pasti cair. Cair macam coklat
yang dilebur dalam periuk untuk dijadikan topping kek. Manis. Tapi terlampau
manis juga pasti membuatkan orang jatuh sakit. Dan kesakitan itulah yang
menikam-nikam hatiku, tika ini.
‘Akak, just
because I’m not talking, doesn’t mean I’m in bad mood, sometimes, I just like
being quiet.’ Lontaran kataku hanya bergema di relung hati. Tak terluah dimulut. Aku hanya membuang
pandang ke muka Kak Lin. Sekali lagi, aku tersenyum. Tiga saat.
Sekali lagi,
daripada Kak Lin, “Bila mereka tak menghargai kehadiran kita, buatlah mereka
menghargai ketiadaan atau kehilangan kita.”
Eh? Sokongan! Seolah-olah Kak Lin tahu tindakan aku menjarakkan diri daripada mereka adalah
tindakan yang boleh dikatakan bijak. Mungkin separa-bijak. Apa yang aku tahu,
Kak Lin di pihakku. Menyokongku, barangkali.
Kata-kata Kak
Lin membuatkan aku merasakan ‘Isolated’ adalah jalan dan pilihan terbaik. Mungkin
bukan untuk selamanya, tapi sudah memadai bagiku buat waktu dan tika ini. Tiada siapa memilih untuk terasa dipencilkan,
tapi pilihan apa yang ada? Bukan mereka ‘membuang’ aku tapi pilihan ini yang
tinggal. Aku pasrah.
***
“Banyak perkara dalam dunia ni yang mengajar kita menjadi dewasa.” Tutur lembut mama menampar jauh khayalanku petang itu.
“Banyak perkara dalam dunia ni yang mengajar kita menjadi dewasa.” Tutur lembut mama menampar jauh khayalanku petang itu.
“Kadang-kadang kawan yang baik boleh bertukar
menjadi manusia asing. Kadang-kadang ada orang yang kita kenal, ‘hilang’ macam
tu je tanpa ucapan selamat tinggal.
Kadang-kadang, ada perkara yang tak perlu diungkapkan tapi kita dah pun
memahaminya, kadang-kadang ada masalah yang boleh diselesaikan dengan jalan-jalan
tertentu tapi tetap menemukan jalan yang sangat panjang, kadang-kadang kita
berduka cita tanpa sebab-sebab yang pasti. Dan, walau berapa banyak
‘kadang-kadang’ dalam hidup ni, ‘kadang-kadang’ tu lah yang mendewasakan kita.”
Pesanan berjela daripada mama
bermain-main di kotak fikiran. Bila ditilik, ada betulnya. Bila direnung, ada
benarnya. Bila cuba diadaptasi, memang tiada keraguan lagi!
Ya. Orang yang disangka teman
baik malah mungkin yang paling rapat boleh berubah dalam apa jua keadaan. Tanpa
signal mahupun amaran.
Tarik senyum segaris bila
terkenangkan mama yang memang peka terhadap sebarang perubahanku. Alangkah
bagusnya kalau mama berada di sisiku dalam waktu waktu sesak dada macam ni.
“Jazmine?”
Tiada sahutan.
“Jazmine?”
Suara Dr.Rafael meninggi seoktaf.
“Jazmine!!”
“Yes, sir?” Tangan yang dijadikan
tiang untuk menopang dagu jatuh ke meja. Terkejut. Terkebil-kebil aku memandang Doktor separuh
abad yang masih segak bergaya. Segera aku berdiri.
Semua mata kini tertumpu penuh
pada diri Jazmine. Ada yang tersungging memerli, ada juga sekadar memandang
tanpa rasa. Jazmine sempat mengerling pada dua sahabatnya yang jauh di satu
sudut. Lontaran pandangan mereka menghantar pertanyaan kenapa Jazmine sampai
terkhayal di dalam kelas Dr. Rafael.
Siapa yang tidak kenal dengan Dr.
Rafael. Bicaranya saja sudah boleh membuatkan telinga tercabut dari tempatnya.
Itu belum masuk ke sesi memberi air liur percuma-caramah tanpa bayaran.
‘Aduh, malunya. Macam mana boleh
berangan pulak ni? Masalah, masalah!’
“Please wash your face, now. Are
you okay? You look so pale today.” Dr.Rafael bertanya. Prihatin, mungkin. Pastinya
mahukan keterangan di atas kelalaianku berangan semasa kelas beliau.
“Sure. Don’t worry.” Segaris
senyuman kuhadiahkan buat Dr. Rafael lalu bingkas menuju ke ladies.
***
Malam itu, lagu berentak slow and soothing, “Menjadi Diriku” menemani aku menyiapkan ISL yang diberikan oleh pensyarah semasa kelas pagi tadi. Tugasan tersebut hanya ada tiga soalan, tidaklah sebanyak mana, namun hampir dua jam aku berteleku memahami soalan dan menyiapkannya.
Macam susah benar soalan ni,
padahal dalam kelas pagi tadi beria jugak aku menganggukkan kepala tanda faham.
Haihhh. Memanjang nak kena selak kamus, ni yang lemah ni. Perkataan ni semua
mengalahkan orang nak buat PhD. Tercabut jugak kepala otak aku dari tempurung
ni kang.
Tak seperti bintang di langit,
Tak seperti indah pelangi
Karena diriku bukanlah mereka
Ku apa adanya
Ya, aku adalah aku. Kepala diangguk mengikut rentak irama dan juga mengiakan
lirik. Jazmine Shahrul yang baru. Jazmine Shahrul yang sedang bertatih semula. Jazmine Shahrul yang sedang mengutip sisa semangat yang hampir hilang.
“Kau okay?” Soalan yang diajukan
Syikin menarik perhatianku untuk tiga saat, pagi tadi.
“Kenapa tanya?”
“Saja tanya.” Begitu pula jawapan
balas dari Syikin.
“As you can see.” Senyum segaris
sebelum aku meminta diri.
“Tunggu!” Syikin menahan aku dari
terus berlalu. Aku menoleh, tersenyum sesaat, meminta dia menyambung kata. “Kalau kau tak okay, ada problem ke, bagi tahu aku. Jangan
simpan sorang-sorang.” Terharu.
Kata-kata yang aku harapkan mampu membuat aku
rasa sedikit dipunyai oleh dua sahabat itu seperti masa lalu.
Aku tersenyum, “Sure! Don’t
worry.”
Dan wajahku memang begini
Sikapku jelas tak sempurna
Ku akui ku bukanlah mereka
Ku apa adanya
Percayalah. Tiada manusia yang
sempurna. Dan itulah aku. Tiada manusia yang terlampau bijak dan sempurna serba
serbi. Dan itu juga adalah aku. Ada masanya, aku tak mampu memenuhi kehendak
semua. Ada masanya, situasi yang membuatkan aku untuk begini. Ada masanya, aku
juga hilang kawalan diri, namun pantas dibendung. Dan, ada masanya, aku perlu
menangis sendiri walau terkadang aku inginkan sedikit pelukan dan kata
semangat. Sesungguhnya, aku tiada pilihan. Bila mana, pilihan yang tinggal cuma satu.
“Ikin jelous pada kau sebab aku
berterus terang pada dia. Sorry sebab libatkan kau.” Enam bulan lepas, pengakuan
itu membuatkan aku adalah aku hari ini. Jazmine
yang baru. Jazmine yang cuba berkorban demi keselesaan sahabat. Tapi, masih
bolehkah ‘isolated’ ni dianggap seperti berkorban? Haihhh. Entahlah.
“Jealous? Kenapa nak jealous dengan aku? Cop!
Cop! What do you mean?” Aku bertanya, penuh ragu.
“Macam mana nak cakap ea. Hmm. Dia
tanya aku, siapa orang yang aku suka sebelum dia.” Perlahan tuturnya namun
telingaku masih berfungsi dengan baik.
“Jadi?” Soalku penuh debar dan doa. Tak ingin aku dengar pengakuan yang menakutkan itu.
“Kau tahukan, siapa yang aku suka
sebelum dia dan …” belum habis bicaranya, aku memotong,
“Kenapa kau jadi lelaki yang
paling lurus dalam dunia ni? Tolonglah jangan mengaku depan aku yang kau buat
pengakuan berani mati kat Ikin.” Aura dingin Kutub Utara mula bertiup dan terasa
menggigit tulang.
“Sebab tu aku mintak maaf. Mintak maaf sangat-sangat sebab dah libatkan kau. Kau dengan dia masih okay kan?”
Tuturnya makin perlahan, mungkin sedang cuba memohon secebis pengertian dariku.
“Tapi kenapa?”
Diam.
Senyap.
Sepi.
3 minit telah berlalu tanpa kata.
“Aku bagi peluang untuk kau buat
penjelasan, kalau tak, aku letak phone ni. Dan jangan pernah cuba contact aku
lagi.” Amaranku sudah keluar.
“Nanti! Hmm, sebab dia tanya aku
banyak kali. And to be honest, aku mengaku yang aku pernah sukakan kau.
Sekarang pun masih ada sikit perasaan tu especially bila dia buat perangai.”
Pengakuan senafas, berani dan agak keterlaluan itu membuatkan aku sedikit
tersentak. Ya Allah.
“Astaghfirullah. Kenapa mesti
wujudnya manusia lurus macam kau? Tak salah nak berlaku jujur, tapi tolong
sesuaikan dengan keadaan. Takkan kau tak tahu pengakuan kau tu akan buat dia
jelous? Terasa hati? Takkan benda macam ni pun, aku nak ajar? Kalau aku kat
tempat dia, aku pun akan terasa sebab aku bukan pilihan yang pertama. Mana
pergi sense of humanity kau?” Aku beristighfar dan mengeluh panjang.
Dalam
hatiku, terpalit rasa kesal. Bukan silap aku, tapi begini pula jadinya. Ya, bukan silap aku!
“Aku mintak maaf, weyh.”
“Senang kan? Dah rasa atau buat
salah, terus mintak maaf.” Ketawa. Sumbang.
“Apa guna polis dengan mahkamah kalau semua boleh settle dengan maaf?”
Dalam gurauan, aku bertanya sarkastik.
“Kau nak suruh aku buat apa? Tarik balik kata-kata aku? Kalaulah boleh, dah lama aku buat. Aku betul-betul mintak maaf. Aku tak sangka pulak dia akan jealous.” Bersungguh nampaknya lelaki ini mengharapkan maaf aku.
“Tak sangka dia akan jealous? Alasan apa ni? Helah bela diri? Huh!
Okay, aku akan maafkan kau tapi bersyarat.”
“Apa?” Teruja.
“Jangan pernah contact aku melainkan
atas urusan kerja. Itu pun, kalau boleh, tolong elakkan daripada berurusan
dengan aku.”
“Kenapa sampai macam tu?” Protes.
“Sebelum aku jawab soalan kau,
Ikin tahu ke yang kau contact aku ni?”
“Tak.”
“See? Mana pergi kejujuran kau
tu? Tak bertempat! Maknanya sekarang ni, Ikin tak tahu pun yang aku dah tahu
dia cemburukan aku, kan? Dah lah, keputusan aku mudah, jangan cari aku kalau
takda urusan penting. Terima kasih untuk semuanya. Terima kasih untuk pengakuan
kau ni. By the way, sebelum aku terlupa, aku nak jawab persoalan kau dulu, few
months back, ya, aku memang sukakan kau, tapi cukup suka sebagai kawan. Kau buat
aku rasa selesa. You made my day. Tapi sekarang, aku pun tak pasti. I'm off. Assalamualaikum.”
Jeda.
“Waalaikumussalam.”
Talian putus.
“Jazzzz!!” Seru Kak Lin dengan
nada vuvuzuelanya. Humakhai, terkejut aku! Harulah kakak aku yang seorang ni!
“Kenapa kak? Terjerit macam orang
lapar? Nak pisang?” Ketawa.
“Eh eh! Kejadahnya la akak nak
makan pisang waktu macam ni. Kita dok panggil sampai nak terkeluar anak tekak
ni, boleh pulak dia buat lawak sarkas tu. Apesal tenung laptop tu macam nak
bagi tembus je?”
Lucu pulak Kak Lin ni. Ada ke
patut kata aku buat lawak sarkas? Ceh! Tak padan sungguh. Comel lotey dikatanya
buat lawak kat sarkas? Duhhh! Serious tak masuk. Dah tu, kalau anak tekak tu nak terkeluar, tahanlah jangan sampai terkeluar. Tu pun, nak ajar ke?
“Akak tak tahu ke?” Aku bertanya.
Memancing minat Kak Lin yang kembali tekun dengan novel thrillernya untuk
menoleh sejenak padaku.
“Tahu apa?” Kak Lin menyoal
polos.
“Pagi tadi, lecturer bagi task.”
Jeda seketika.
“Then?” Mata Kak Lin bersinar,
mungkin teruja untuk menyuruh aku bercerita lanjut.
“Task dia tu lah yang tengah Jaz
praktiskan ni.” Sengih. Kerang busuk. Tanduk bayangan mula tumbuh.
“Apa tasknya?” Kak Lin musykil.
“Pelupa! Petang tadi makan
karipap inti semut ke kak?” Ketawa. Jahat. Kak Lin bengang.
“Apa pulak! Yang awak tu dok
cakap tersekat sekat macam orang baru dapat gigi tu siapa suruh? Sepatah kita
tanya dia, sepatah jugaklah yang dijawabnya. Menjawab pulak macam gaya orang
nak mintak lempang laju-laju. Apa tasknya?” Kak Lin kembali menyoal.
Yesss! Kak Lin dah mula membebel.
Bila Kak Lin membebel, itu tandanya dia dah geram. Ketawa jahat kusimpan kejap
didalam hati.
“Yelah, tadikan akak cakap Jaz
pandang laptop macam nak tembuskan? Dan memang itulah yang Jaz tengah buat.
Sebab task yang Dr. Rafael bagi tu berkaitan dengan, ‘Siapa dapat buat jurus
pandangan tembus laptop akan diberi ganjaran’. Tu yang Jaz cuba dari tadi tu.”
Sejurus habis aku berkata-kata, aku bantai gelak tahap tak ingat. Amik kau,
sampai berair mata aku ketawakan Kak Lin. Kak Lin? Mak hai! Jurus panahan
matanya boleh buat orang tak tidur malam! Seriau.
Kak Lin mendekat dan tanpa
sebarang signal, Kak Lin menggeletek aku semahunya. Gedebuk! Amik kau, jatuh
dari kerusi aku dibuatnya! Macam durian runtuh dah gaya aku tergolek dari
kerusi. Tugas ketawa diambil alih sepenuhnya oleh Kak Lin. Berdekah dia ketawa,
bergegar kolej ni dikerjakan Kak Lin. Kurang asam gelugor Kak Lin ni. Langsung
taknak tolong bangunkan aku. Nak buat serangan balas, tapi nampaknya bukan
sekarang, sebab punggung aku yang sakit memerlukan perhatian lebih berbanding
Kak Lin. Siap Kak Lin! Wuwuwwuu~ Sakit giler punggung aku ni!
***
Januari,
Semester baru bermula.
Restoran Old Town.
“Kelakarlah classmates kita, hal
kecik pun nak gaduh kan? Pulak tu, suka bawak cerita atas bawah luar dalam.
Pening! Depan baik, belakang hentam kaw kaw.” Terlepas ketawa kecil dari bibir
Wawa. Mungkin lucu terkenangkan kerenah budak budak kelas.
“Sebab tu, aku malas dah nak take
port hal kelas. Dari semester lepas macam ni. Lepas sorang, sorang lagi dengan perangainya. Sebab tu, sekarang
ni hal penting je, aku noted. Hal lain, aku malas nak fikir. Buat serabut je.”
Kata-kata Shikin mendapat anggukan dari dua kepala. Setuju.
“True! Because of that, aku
prefer kita kita ni je satu group, tak kiralah untuk presentation or
assignments. Senang sikit. Kita dah tahu perangai masing-masing, kan?” Sambut
aku pula.
“Yup. Prinsip mudah je, nobody
perfect, so, don’t put some high expectation on others. Lagi satu, hal roommate
tak payahlah nak jaja keluar. Kesian member tu. Depan dia, kau buat baik,
senyum sampai ke telinga, tapi belakang dia, kau cerita sana sini. Come on lah,
mana ada orang yang perfect dalam dunia ni, kan? Huuu. Haru betul.” Seru wawa.
“Hmm. Agree! Walau apa pun jadi,
kita stay together ea? Jangan mudah percaya cakap-cakap buruk orang.” Aku
mengemukakan ikrar-bersama-selamanya dan dua lagi tersenyum senang.
“Yeah. Lagipun kita dalam satu
oraganisasi yang sama. Jadi apa-apa hal, senang kita nak discuss, study and
stay unite. Kalau aku kurang, korang support aku, kalau korang perlukan
support, aku memang ada je.” Senyum. Puas hati dengan kata-kata yang meluncur
keluar. Aku dan Wawa mengiakan.
***
18 Mei,
Dataran Penggaram,
Batu Pahat,
9.00 malam.
“Mana diorang kak?” Aku menebar
pandangan, liar, mencari kelibat 3 orang lagi sahabat yang turut bersama
membuang masa di dataran sementelah selesai menjawab satu kertas peperiksaan.
Leganya, Tuhan je yang tahu. Gaya menghargai masa macam dah selesai semua
kertas peperiksaan.
“Entah. Tadi, nampak je Janice,
Efa dengan Rin. Ke mana lah lesap diorang ni?” Kak Lin turut menyumbang kepala,
tertoleh-toleh mencari kelibat mereka bertiga.
“Haaa. Tu pun. Oh, baru Jaz
ingat, Janice kata nak cari orang jual aiskrim.” Ketawa tapi atas sebab apa tak
dapat pula dipastikan. Kak Lin mengangguk tanda faham.
Sepi mengisi ruang-ruang kosong
yang mula terbina. Aku dan Kak Lin masing-masing terbius membisu membuang
pandang di sekitar dataran. Cantik. Lukisan malam dengan lampu-lampu
bergantungan membuai perasaan. Asyik.
“Erm, susah jugak jadi budak
isolated ni kan kak?” Ketawa lagi. Aku memecah bola-bola angan Kak Lin yang sedari
tadi tersenyum-senyum memerhatikan kanak-kanak Cina yang berlari gembira di
tengah padang dataran bersama laying-layang kuningnya.
“Memanglah.” Sejenak Kak Lin
menoleh dan mengiakan. “Nak sesuaikan sesuatu yang bukan kebiasaan tu bukan
mudah. Mungkin jugak sebab Jaz memang boleh berkawan dengan semua orang jadi
Jaz rasa takde masalah kalau isolated dari kumpulan sendiri pun. Cuma, nak cari
yang betul-betul sesuai tu lah yang payah. Tapi mungkin jugak isolated tu
sesuatu yang perit sebab selama ni Jaz bergerak berkwan-kawan, bersuka ria
dengan kawan-kawan yang dah sekepala, everything dengan kawan-kawan, and now
you try to put yourself apart from them. Tapi yang pasti, Jaz ada alasan sendiri kan?” Kak
Lin dengan mukadimahnya.
“Hmm. Akak tahukan, memang since
sekolah lagi, Jaz dah puas hidup dalam pandangan orang, yang Jaz ni perempuan
yang bahaya untuk didekati …..” belum sempat aku menghabiskan kata, Kak Lin
sudah berdekah ketawakan aku. Lawak ke? Mukaku kelam meminta penerangan.
“Apalah Jaz ni. Perempuan yang
bahaya untuk didekati? Hiperbola sangat. Bahasa jiwa-jiwa lah Jaz ni!” Ketawa
Kak Lin bersambung lagi.
“Akak..” Aku sudah menarik nada,
tanda amaran.
Dengan ketawa yang masih bersisa,
“Okay okay. Sambung.”
“Hmm. Kalau tak, takkanlah sampai
sekarang, kawan Jaz sendiri rasa tak selamat dengan Jaz bila kita orang hangout
ramai-ramai dengan pakwe dia. Ikin mesti gaduh dengan Adam tiap kali balik hangout atas alasan yang
Adam masih lagi ada hati dengan Jaz. Tak masuk akal, kan? Lagi kelakar bila
diorang gaduh, Adam mesti cari Jaz untuk ceritakan semuanya. Kesian Ikin. Tapi,
Jaz respect dengan Ikin sebab dia tak pernah tunjukkan yang dia cemburu dengan
Jaz. She’s trying so hard to control her feeling well. Yet, she still gives the
best treatment to me. Seboleh-bolehnya dia nak sorokkan rasa cemburu dia bila
kita orang keluar ramai-ramai, tapi Jaz tahu apa yang dia rasa. Insecure. ” Aku berjeda.
“Sebab tu Jaz dah tak join
diaorang sekarang ni kan? Jaz taknak Ikin rasa tak selamat dengan Jaz? Hmm. Dah
tu, kenapa akak tengok dah jarang Jaz lepak bilik Wawa? Rasanya Wawa takde
kaitan dengan Ikin dan Adam kan? Aduhai. Bersegi-segi cerita korang ni.” Kak Lin
membuat kesimpulan dan aku hanya mengangguk.
Ketawa seminit.
“Langsung takda. Tapi tak tahulah
kalau dalam diam, Wawa memang tahu. But, I’m pretty sure, she don’t know sebab
Ikin bukan jenis suka let-it-out masalah dia pada orang. Ikin jenis simpan
masalah sendiri. Hmm. Sebab dah lama tak lepak bilik Wawa? Jaz rasa Jaz takda
apa-apa yang istimewa sampai boleh buatkan orang nak bergantung harap pada Jaz.
Jaz bukannya pandai sangat. Dalam kelas pun pointer Jaz biasa-biasa je. Tak
gempak mana pun. Kalau nak compare dengan akak pun macam langit dengan bumi
jaraknya! Lagipun sejak Wawa pindah bilik, dia dah dikelilingi oleh orang yang
jauh lebih baik dan pandai. Orang-orang yang hebat. Jaz takda apa-apa kak. Tak ada. Yang
Jaz ada pun hanyalah kata-kata. Kata-kata yang mungkin boleh buat orang tersenyum,
boleh jadi jugak buat orang menahan rasa. Banyak sangat kurangnya Jaz ni.”
Ketawa menutup pincang dan lawang di hati.
“Jaz. Jaz.” Tersenyum seketika
Kak Lin memandangku sambil meneruskan biacaranya, “Jangan sesekali bandingkan
diri Jaz dengan akak. Nak tahu tak, ibu akak kata, English course lah yang
paling susah nak score. Tapi, satu kejayaan untuk Jaz sebab walaupun tak
gempak, tapi sentiasa lepas 3 pointer dan sentiasa meningkat setiap semester
kan? Apa gunanya kalau jejak 3.80 atau 4 rata sekali pun tapi tak dapat nak
kekalkan. Sebab tu, akak tak galakkan adik akak yang lepas SPM tu pilih English
course, sebab kalau tengok dari cara Jaz study pun, akak memang tahu susah nak
score. Masa kita jawab paper Pengurusan Bilik Darjah hari tu pun, akak dah rasa
susah, apatah lagi korang yang kena translate dan jawab dalam English. Lagi
satu, believe in what you are. Everyone has their own strengths and weaknesses.”
Nah, itu bicara manis Kak Lin. Pembakar. Buat semangatku. Terus hidup dan tak
mati.
Aku senyum. Berusaha sedaya
upaya. Tahan sebak yang bertandang tiba-tiba. Sebab, dalam diam, aku sebenarnya
takut Kak Lin juga akan ‘pergi’ secara tiba-tiba, seperti mereka. Aku bukan
persinggahan. Itu pasti.
“Sahabat ibarat
cermin kita. Sebab bila kita tengok cermin, kita nampak tudung kita tak betul,
kita betulkan, jadi nampak elok. Macam tulah sahabat, dia melihat silap kita
lalu perbetulkan silap kita. Bukan terus menghina kita, membiarkan kita
sendirian atau apa-apa jelah. Nasihat akak, nilailah sahabat kita dengan sifat
yang baik. Teruskan jadi teladan, yang buruk jadi sempadan.”
Senyum aku
semakin lebar. Terima kasih Kak Lin.
***END***
notatampal: Jatuh, bangkit semula. Jatuh lagi, menangislah, kemudian bangkit lagi. Begitulah seterusnya. Roda jatuh-bangkit itu pasti terhenti suatu masa nanti. Pastikan saat ia terhenti, kita sedang tersenyum kerana puas setelah memberikan yang terbaik dalam hidup ini.
JBA: Penat.
xoxo,
JBA.
4 comments:
erm, isolated... huhu
@fizah: terasa dah tak mampu nak bangkit. tak mampu.
suka baca!!!rasa mcm tengah alami benda yg sama...
@syira: Haha. thanx for reading! :)
Post a Comment